Sunday, 30 December 2012

Malang Tidak Berbau... :-(

30 Disember 2012
Ahad

Hari yang amat menyedihkan.
Pada mulanya hari ini bermula dengan aman damai.
Selepas solat Subuh, aku mula buat kerja-kerja mengemas rumah. Suamiku pula bermalas-malas di katil. Jam 9, selepas habibi solat dhuha, dia sambung buat renovation dapur rumah (projek terbengkalai selama 2 tahun kerana suamiku nak siapkan sendiri!)

Nanti korang tengok lah rupa dapur baru aku yang dua tahun dah tak siap-siap. Ermmmm... Xpalah.. Lepas ni aku akan paksa suami aku upah orang je.

Dalam pukul 1.00, adik perempuan suami aku yang tinggal kat Meru datang sekeluarga. Masa tu tengah azan zohor. So, suami aku berhenti buat kerja lalu keluar sambut tetamu dan mandi lalu solat zohor. Lepas seketika tu, adik suami aku(Din yang tolong cat bilik PAV tula) dan Abang Sahar datang. Rupanya, suami aku whatsapp diorang untuk tolong dia pecahkan atap konkrit atap bilik air.  Aku masa tu tengah goreng ikan kat dapur lama.

Tiba-tiba, pada pukul 2:30pm, atap konkrit tu jatuh. Din dan Abang Sahar sempat mengelak. Suami aku tak boleh elak lagi coz dia duduk di bahagian tepi dinding. So, batu tu terjatuh atas dia. Aku pon tak tau macam mana peristiwa tu berlaku.  Din dan Abang Sahar pon tak berapa nampak coz peristiwa tu berlaku terlalu pantas. Suami aku pula, masih tak ingat lagi tentang peristiwa tu(hilang memori sementara). So, macam mana ceritanya, masih menjadi misteri..

Tapi, apa yang aku ingat, aku bergegas ke dapur baru bila dengar bunyi jatuh. Aku dengar suara Din dan Abg Sahar menjerit. Tapi suara suami aku tak dengar. Aku dah gelabah dan panik yang amat sangat lah...

Rupanya suami aku dah terduduk di bawah batu tu. Abg Sahar dan Din tengah tahan batu tu dari menghempap suami aku dengan lebih teruk. Suami aku tak sedarkan diri. Dalam keadaan kelam kabut, aku dan biras aku ambil alih tugas tahan konkrit. Abang Sahar dan Din usung suami aku ke dapur lama. Kat situ, diorang try sedarkan suami aku dan cuba hentikan aliran darah tu... Lebih kurang sepuluh minit selepas tu, suami aku pon sedar.

Kami bawa suami aku ke hospital dengan kereta Abang Sahar. Suami aku dalam keadaan sedar tak sedar je masa dalam kereta tu. Abang Sahar bawa punya la laju. Nasib baik cekap. Pukul 3:00pm kami dah sampai HKL. Sampai kat kecemasn, terus ke wad kritikal (merah).. Doktor dah scan seluruh badan dan jahit luka. Alhamdulillah, tiada luka dalaman. Hanya luka yang nampak kat luar je...

Lepas tiga jam, suami aku dah stabil tukar ke wad separa kritikal (kuning)... Sekarang, alhamdulillah dah bertambah baik. Masa aku balik tadi (1:30pagi), suami aku baru tido. Sebelum dia tido, sempat aku suap nasi sikit. Doktor dah bagi dia makan. Kesian dia, tak sempat makan nasi hari ni...

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang datang ziarah suami aku. Kepada yang jauh, yang tak dapat hadir, aku juga berterima kasih di atas keprihatinan dan doa yang dititipkan.

4:30 pagi
Aku tak dapat tido, tak sabar tunggu subuh. Lepas subuh, aku hak pergi hospital!

2 comments:

  1. Semoga bertabah. Didoakan semuanya selamat.
    Lepas ni, Afi memang kena paksa suami upah orang siapkan dapur tu.

    ReplyDelete
  2. Teruk jugak pokjo..semoga Allah mempercepatkan proses pemulihan beliau... Seriau aku tgok luka2 tu...huhu..semoga pjah tabah..

    ReplyDelete