Hari ni kalau diikutkan secara rasminya belum bermula rutin harianku sebagai seorang guru.
Hari ni just Mesyuarat Pentadbiran yang sepatutnya dihadiri oleh orang-orang kuat sekolah. Aku ni guru kelas bawahan je. Tak perlu datang pon. Esok hingga 31hb 12 baru bermula mesyuarat-mesyuarat yang pelbagai tu.
Tapi..
Jam 8.10pagi. Tengah aku tercongok-congok baring atas katil sambil sapu minyak gamat kat luka-luka my habibi, ofic sekolah kol.. Katanya orang jabatan nak datang. Nak pantau persediaan kelas PAV sesi 2013. Pengetua arahkan aku datang sekarang juga...
Lor... Baru niat nak bawa habibi pergi klinik. Badan dia macam nak demam. Dah mula rasa sakit kesan jatuh terjerlus dari atap tulah...
Dengan kain yang dibasuh tak sidai lagi. Jenguk sinki, ada pinggan tak basuh lagi (biasalah, suamiku suka makan area pukul 4 - 5 pagi).. Erm... Macam mana ni???
Cakap kat habibi, dia kata pergi lah. Dia pon tak larat nak bangun pergi klinik.
So, aku pon keluarkan baju yang nak dipakai dan mula seterika. Biasalah, orang jabatan nak datang, kena la formal sket.. :-)
Bila dah siap-siap tu, aku terfikir. Buat apa aku nak cepat-cepat pergi sekolah. Sapa suruh diorang nak datang tak inform awal-awal. Baik aku setelkan semua kerja rumah dulu. ;-)
Kalau dah pergi sekolah, tak tahu pukul berapa boleh balik. Kalau banyak isu, mesti balik jadi takda mood dan penat..So, dengan lemah gemalainya aku basuh semua pinggan dan sidai kain. Haha... Tenang hatiku.. Kerja rumah setel!
Aku pon drive ke sekolah. Sampai kat sekolah orang jabatan tu ada lagi dok discuss ngan En Pengetua. Nampak relax je. Tak ada isu apa-apa lah tu. Lepas dapat arahan dari PK1, aku pon balik rumah.
On da way balik aku pergi NSK dulu. Barang2 dapur aku dan habibi dah listkan. Banyak dah takda. Sejak cuti sekolah ni rasanya tak pernah shopping barang dapur lagi. Just makan balance bahan-bahan katering je. Lagipun, sebahagian besar masa cuti sekolah ni kami di perantauan...
So, aku seorang diri ronda NSK shopping!! Hihi..
Then, singgah Petronas isi minyak. Wah!! Rasa macam ini adalah permulaan yang baik untuk sesi 2013. Afi yang lebih berdikari kembali. Haha... Ye la tu... :-)
Balik rumah, simpan semua barang-barang yang dibeli tadi and start memasak!. Hihi.. Tak percaya ke yang aku sekarang dah rajin memasak semula? :-)
Lupa plak nak ambil gambar menu aku hari ni.
Asam pedas ikan kembung, kangkung goreng kicap, ikan pelaling goreng kunyit dan sambal tempoyak.
Alhamdulillah.suamiku dan adik iparku kenyang makan tengah hari hasil masakanku yang tak seberapa enak ni...
:-)
No comments:
Post a Comment