Bismillah...
Aku baru lepas menghadiri Mesyuarat KOKO Bilangan 1 bagi sesi 2013.
Semalam dan kelmarin, dah selesai Mesyuarat Guru, HEM dan Kurikulum.
Hari tu kan aku dah cerita pasal pertolongan suami aku mengecat bilik PAV di sekolah aku.
Rupanya, bukan aku sahaja yang hargai jasa baik suamiku tu. Pihak sekolah pon sama.
Pengetua pergi sebut dalam mesyuarat koko tadi pasal tu.
Pengetua tabik spring kat suami2 cikgu yg bagi komitmen kat sekolah sampai ada yang sanggup datang malam-malam untuk cat sekolah. Sebelum tu, dia sebut pasal ada suami cikgu yang sudi latih pasukan bola tampar dan bola baling sekolah.
Sebenarnya aku tak suka diumumkan secara umum sampai satu sekolah tahu.
Yelah, hati orang mana la kita tahu. Lagi-lagi rakan setugas ni. Ada yang ambil secara positif, ada yang berfikiran negatif.. Nanti ada pula yang ambil kesempatan di atas komitmen yang kami buat.
Namun, memang suami aku baik. Tapi, takdalah sampai maksum...
Hihi...
Di sini aku share gambar kami masa pergi Ekspidisi Mutar Pulau Jawa Berdua pada 10-18 Disember 2012 lalu..
(jogja, semarang, demak, kudus, surabaya, jakarta dan bandung)
Habibi.... I love u more than say and see.... Hihi.. (jiwang la konon)
No comments:
Post a Comment