Sunday, 30 December 2012

Malang Tidak Berbau... :-(

30 Disember 2012
Ahad

Hari yang amat menyedihkan.
Pada mulanya hari ini bermula dengan aman damai.
Selepas solat Subuh, aku mula buat kerja-kerja mengemas rumah. Suamiku pula bermalas-malas di katil. Jam 9, selepas habibi solat dhuha, dia sambung buat renovation dapur rumah (projek terbengkalai selama 2 tahun kerana suamiku nak siapkan sendiri!)

Nanti korang tengok lah rupa dapur baru aku yang dua tahun dah tak siap-siap. Ermmmm... Xpalah.. Lepas ni aku akan paksa suami aku upah orang je.

Dalam pukul 1.00, adik perempuan suami aku yang tinggal kat Meru datang sekeluarga. Masa tu tengah azan zohor. So, suami aku berhenti buat kerja lalu keluar sambut tetamu dan mandi lalu solat zohor. Lepas seketika tu, adik suami aku(Din yang tolong cat bilik PAV tula) dan Abang Sahar datang. Rupanya, suami aku whatsapp diorang untuk tolong dia pecahkan atap konkrit atap bilik air.  Aku masa tu tengah goreng ikan kat dapur lama.

Tiba-tiba, pada pukul 2:30pm, atap konkrit tu jatuh. Din dan Abang Sahar sempat mengelak. Suami aku tak boleh elak lagi coz dia duduk di bahagian tepi dinding. So, batu tu terjatuh atas dia. Aku pon tak tau macam mana peristiwa tu berlaku.  Din dan Abang Sahar pon tak berapa nampak coz peristiwa tu berlaku terlalu pantas. Suami aku pula, masih tak ingat lagi tentang peristiwa tu(hilang memori sementara). So, macam mana ceritanya, masih menjadi misteri..

Tapi, apa yang aku ingat, aku bergegas ke dapur baru bila dengar bunyi jatuh. Aku dengar suara Din dan Abg Sahar menjerit. Tapi suara suami aku tak dengar. Aku dah gelabah dan panik yang amat sangat lah...

Rupanya suami aku dah terduduk di bawah batu tu. Abg Sahar dan Din tengah tahan batu tu dari menghempap suami aku dengan lebih teruk. Suami aku tak sedarkan diri. Dalam keadaan kelam kabut, aku dan biras aku ambil alih tugas tahan konkrit. Abang Sahar dan Din usung suami aku ke dapur lama. Kat situ, diorang try sedarkan suami aku dan cuba hentikan aliran darah tu... Lebih kurang sepuluh minit selepas tu, suami aku pon sedar.

Kami bawa suami aku ke hospital dengan kereta Abang Sahar. Suami aku dalam keadaan sedar tak sedar je masa dalam kereta tu. Abang Sahar bawa punya la laju. Nasib baik cekap. Pukul 3:00pm kami dah sampai HKL. Sampai kat kecemasn, terus ke wad kritikal (merah).. Doktor dah scan seluruh badan dan jahit luka. Alhamdulillah, tiada luka dalaman. Hanya luka yang nampak kat luar je...

Lepas tiga jam, suami aku dah stabil tukar ke wad separa kritikal (kuning)... Sekarang, alhamdulillah dah bertambah baik. Masa aku balik tadi (1:30pagi), suami aku baru tido. Sebelum dia tido, sempat aku suap nasi sikit. Doktor dah bagi dia makan. Kesian dia, tak sempat makan nasi hari ni...

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang datang ziarah suami aku. Kepada yang jauh, yang tak dapat hadir, aku juga berterima kasih di atas keprihatinan dan doa yang dititipkan.

4:30 pagi
Aku tak dapat tido, tak sabar tunggu subuh. Lepas subuh, aku hak pergi hospital!

Friday, 28 December 2012

Mesyuarat KOKO Bilangan 1 2013

Bismillah...

Aku baru lepas menghadiri Mesyuarat KOKO  Bilangan 1 bagi sesi 2013.
Semalam dan kelmarin, dah selesai Mesyuarat Guru, HEM dan Kurikulum.

Hari tu kan aku dah cerita pasal pertolongan suami aku mengecat bilik PAV di sekolah aku.
Rupanya, bukan aku sahaja yang hargai jasa baik suamiku tu. Pihak sekolah pon sama.
Pengetua pergi sebut dalam mesyuarat koko tadi pasal tu.
Pengetua tabik spring kat suami2 cikgu yg bagi komitmen kat sekolah sampai ada yang sanggup datang malam-malam untuk cat sekolah. Sebelum tu, dia sebut pasal ada suami cikgu yang sudi latih pasukan bola tampar dan bola baling sekolah.

Sebenarnya aku tak suka diumumkan secara umum sampai satu sekolah tahu.
Yelah, hati orang mana la kita tahu. Lagi-lagi rakan setugas ni. Ada yang ambil secara positif, ada yang berfikiran negatif.. Nanti ada pula yang ambil kesempatan di atas komitmen yang kami buat.

Namun, memang suami aku baik. Tapi, takdalah sampai maksum...
Hihi...

Di sini aku share gambar kami masa pergi Ekspidisi Mutar Pulau Jawa Berdua pada 10-18 Disember 2012 lalu..
(jogja, semarang, demak, kudus, surabaya, jakarta dan bandung)
Habibi.... I love u more than say and see.... Hihi.. (jiwang la konon)

Wednesday, 26 December 2012

Bilik PAV in the making.... Kerjasama!!!

Ketika aku sedang menulis post ni, aku tengah berhenti rehat sebentar di atas katil di Bilik PAV ni..
Penat wooo.... Nak menukarkan Bilik Pengurusan Diri kepada Bilik PAV. Dengan barang yang penuh satu bilik (barang PAV like mesin jahit & etc dan segala katil, meja solek, almari baju dan segala mak nenek(barang Bilik Pengurusan Diri)..
Rasanya sebelum diorang buat renevotion dulu, aku dah tinggalkan barang-barang tu dalam keadaan tersusun.
Pagi tadi aku tengok, bilik ni jadi macam kapal pecah... :-(

So, pagi tadi aku ke sekolah. Lalu ditanya oleh Encik Pengetua: ' Bila awak nak kemas bilik ni Afizah?'
Seronokkan jadi Pengetua. :-P
Tapi aku tak pernah bercita-cita nak jadi Pengetua pon... Hahaha....
Seingat aku, hari tu Pengetua cakap, bagi tempoh sampai 25 Disember 2012 untuk dia selesaikan urusan renovation. Then baru aku boleh mula set up bilik ni. Hari ni baru 26 Disember 2012 kan... ;-) (tapi aku jawab dalam hati jelaaa....) hehe..

Aku kan guru yang berdedikasi. (uwekss :-))
Memikirkan yang bilik tu tak akan kemas selagi bahagian dindingnya (laluan ke Bilik Masak di sebelah yang telah ditutup) tak dicat.
So, masa aku tengah lunch siang tadi, aku pon tanya suami aku, boleh tak dia tolong aku cat bilik tu. Nak contact anak murid tak sempat dah. Dengan hp aku hilang, fb lama pula tak aktif dah, macam mana nak contact budak-budak tu. Walaupun aku percaya, kalau aku suruh datang sekolah untuk tolong aku, malam-malam pon diorang sanggup.

So, kat sini aku nak ucap terima kasih banyakx100 kali... Kepada suamiku dan adiknya (Din) yang telah banyak menolong aku.. Hanya Allah yang dapat membalas segala perbuatan kalian pada aku...
Terharu bila tengok kesungguhan habibi nak membantu.
Selepas asar suami aku keluar pergi beli cat dalam keadaan dia yang tak berapa sihat pon. Lepas magrib kitaorang dah keluar ke sekolah.
Sekarang masih di sekolah.

Aku kongsikan dulu gambar Bilik PAV in the making.. Kalau ada masa nanti, aku up date pula rupa baru bilik ni ye... :-) (ayat perasan ada orang follow) hahahahaha... Aku rasa, adik aku baca apa yang aku tulis ni! :-) Kan???

Boleh percaya ke? :-)

Hari ni kalau diikutkan secara rasminya belum bermula rutin harianku sebagai seorang guru.
Hari ni just Mesyuarat Pentadbiran yang sepatutnya dihadiri oleh orang-orang kuat sekolah. Aku ni guru kelas bawahan je. Tak perlu datang pon. Esok hingga 31hb 12 baru bermula mesyuarat-mesyuarat yang pelbagai tu.

Tapi..
Jam 8.10pagi. Tengah aku tercongok-congok baring atas katil sambil sapu minyak gamat kat luka-luka my habibi, ofic sekolah kol.. Katanya orang jabatan nak datang. Nak pantau persediaan kelas PAV sesi 2013. Pengetua arahkan aku datang sekarang juga...

Lor... Baru niat nak bawa habibi pergi klinik. Badan dia macam nak demam. Dah mula rasa sakit kesan jatuh terjerlus dari atap tulah...
Dengan kain yang dibasuh tak sidai lagi. Jenguk sinki, ada pinggan tak basuh lagi (biasalah, suamiku suka makan area pukul 4 - 5 pagi).. Erm... Macam mana ni???

Cakap kat habibi, dia kata pergi lah. Dia pon tak larat nak bangun pergi klinik.
So, aku pon keluarkan baju yang nak dipakai dan mula seterika. Biasalah, orang jabatan nak datang, kena la formal sket.. :-)

Bila dah siap-siap tu, aku terfikir. Buat apa aku nak cepat-cepat pergi sekolah. Sapa suruh diorang nak datang tak inform awal-awal. Baik aku setelkan semua kerja rumah dulu.  ;-)
Kalau dah pergi sekolah, tak tahu pukul berapa boleh balik. Kalau banyak isu, mesti balik jadi takda mood dan penat..So, dengan lemah gemalainya aku basuh semua pinggan dan sidai kain. Haha... Tenang hatiku.. Kerja rumah setel!

Aku pon drive ke sekolah. Sampai kat sekolah orang jabatan tu ada lagi dok discuss ngan En Pengetua. Nampak relax je. Tak ada isu apa-apa lah tu. Lepas dapat arahan dari PK1, aku pon balik rumah.

On da way balik aku pergi NSK dulu. Barang2 dapur aku dan habibi dah listkan. Banyak dah takda. Sejak cuti sekolah ni rasanya tak pernah shopping barang dapur lagi. Just makan balance bahan-bahan katering je. Lagipun, sebahagian besar masa cuti sekolah ni kami di perantauan...
So, aku seorang diri ronda NSK shopping!! Hihi..

Then, singgah Petronas isi minyak. Wah!! Rasa macam ini adalah permulaan yang baik untuk sesi 2013. Afi yang lebih berdikari kembali. Haha... Ye la tu... :-)

Balik rumah, simpan semua barang-barang yang dibeli tadi and start memasak!. Hihi.. Tak percaya ke yang aku sekarang dah rajin memasak semula? :-)
Lupa plak nak ambil gambar menu aku hari ni.
Asam pedas ikan kembung, kangkung goreng kicap, ikan pelaling goreng kunyit dan sambal tempoyak.
Alhamdulillah.suamiku dan adik iparku kenyang makan tengah hari hasil masakanku yang tak seberapa enak ni...
:-)

Tuesday, 25 December 2012

My husband superman...

Di suatu petang yang hening... Terdengar bunyi yang amat kuat.. Bunyi benda jatuh dari atas ke bawah.
Aku terdiam.. Harap2 apa yang terdetik di hatiku itu tidak berlaku..
Tapi hati rasa xsedap juga...
Bangun, berjalan ke dapur lalu memanggil 'B... B...'

Suamiku menyahut dalam kesakitan..
Niat murni suamiku untuk membetulkan atap rumah seorang diri, diakhiri dengan terjerulus. Jatuh terduduk di atas kabinet dapur yang belum siap lagi dan ke atas lantai. Dua kali jatuh.. Macam superman kena tembak.
So, sad...

Luka yang nampak dari luar sikit jela.. Yang kat dalam mana la tau mcm mana. Jatuh dari atap ke atas batu simen.. Sakit lor...

Aku sedih campur terkejut. Tapi jadi marah. Tak tahu nak marah kat sapa. Of course bukan marah kat suami aku la.. Sambil tunggu habibi basuh luka dan sedang sapu minyak gamat kat luka dia, tanpa sedar mulut ni berleter...

Lain kali nak buat kerja macam ni minta la tolong orang... Susah sangat ke nak minta tolong orang. Kerja lain yang bole buat sorang diri xnak buat. Nak juga baiki atap dulu. Sedangkan dah tau, adik dia xda siang tadi.

:-( :-( :-(
Sorry b.. I mad because i love you...

Ya, Allah..
Selamatkanlah suami aku di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya aku mengasihinya keranaMu...

Monday, 24 December 2012

Bismillah

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani... 
setelah hampir setahun meninggalkan aktiviti menulis blog hari ni dah mula balik.. 
sebab apa? i don't know! 
rasa cam nak menulis je... hihi.. 
hope ada semangat nak menulis lepas ni...