Thursday, 4 April 2013

Keistimewaan saya berkahwin muda (Episod 1)

Alhamdulillah....
Tahun ini merupakan tahun keenam saya bergelar seorang isteri.
Tahun 2007, ketika masih mentah (baru berusia 22 tahun) saya mengambil keputusan untuk berkahwin.
:-P

Mungkin terlalu awal bagi sesetengah orang. Mungkin biasa-biasa saja bagi orang lain pula.
Betul tak?

Untuk pengetahuan semua, mak saya melahirkan saya (anak kedua) ketika beliau berusia 21 tahun. Erm... B-)
Mak saya berkahwin ketika berusia 18 tahun.
OMG.. :-)
Kaklong saya dilahirkan ketika mak saya berusia 19 tahun.
Tahun ini mak saya berusia 49 tahun dan mempunyai 3 orang cucu. Seorang cucu lagi in sha allah akan dilahirkan pada bulan ramadhan ini. :-D

Adik bonsu saya berusia 21 tahun. Ini bermaksud, kali terakhir mak saya melahirkan anak  ketika mak saya berusia 28 tahun.
Ohhhh... Samalah dengan umur saya sekarang.
Itulah sahaja cerita saya untuk kali ini.

Sekian.

Friday, 22 February 2013

Mesyuarat PIBG & Road Run SMK Seri Selayang 2013

Sekolah baru suasana baru dan tugas baru.
Road run tugasku as ajk statistik. PIBG plak ajk back drop dan hiasan pentas.
No hal lah... Orang bagi, buat jela... :-)

Monday, 4 February 2013

Saturday, 2 February 2013

Adnan Jalldin jatuh longkang!!

Astagfirullahaladzim...
Petang semalam Nan main basikal...
Punya la laju turun bukit sampai ke bawah..
Tup.. Tup.. Tersembam dalam longkang...
Nasib baik cedera ringan je..
Aku yang kebetulan nampak kejadian berlaku, rasa macam nak luruh je jantung!.
Ya Allah.. Tak mahu dah tengok luka-luka berdarah ni...
# Nan is my baby boy too...
Haha! Banyak bona anak aku!!

Sunday, 27 January 2013

Chah dan berusia 7 hari.. Time fly fast!!!

Rasanya baru je semalam Chah dilahirkan..
Rupanya dah seminggu..
Cepat sungguh masa berlalu.
Semoga Chah membesar menjadi seorang anak yang solehah dan hamba Allah yang taat.
:-)

Friday, 25 January 2013

Baby Chah in the home!!!!

Alhamdulillah...
Syukur kepada Allah Baby Chah dah discaj...
Semalaman je kena tido di hospital..
:-) :-) :-)

Untuk pengetahuan semua, Baby Chah ni anak kepada sahabat suami saya..
Mummynya bernama Melisah Binti Abdul Hassan. Ibu yang sangat muda. Baru berumur 22 tahun tau.
Tahniah liss, kerana berjaya melahirkan anak yang comel ini secara normal.
Daddynya pula sahabat baik suami saya.. Ali Ridha Bin Abdul Rahman.
Umur? Rahsia... Haha!

We love Baby Chah so much.
Saya anggap Baby Chah macam anak sendiri...
Hidupku semakin bermakna dengan kehadiranmu sayangku Chah Sapiah..
Love..

Thursday, 24 January 2013

Baby Chah sakit kuning

Malam ni baby Chah kena tahan di NICU Hospital Selayang coz sakit kuning la..
Kesian baby Chah... Kena jemur bawah lampu tu.
Menjerit-jerit dia nangis. :-(
Hope baby Chah cepat sembuh dan boleh balik rumah siang nanti..

Tuesday, 22 January 2013

Terlalu banyak passwork yang perlu dihafal lor..

Macam-macam password.
Kad bank ada 4 jenis. Tambah online banking lagi..
Saps lagi..
Eslpg pulok.
Blog, Fb, Twitter dan Istragram..
Oh.. Tak sempat nak hafal semua.

Itu yang lama tak update blog..
Terlupa password. Past tu xda masa nak try n error...
Ok.

My new baby...

Sejak malam 20hb Januari 2013, menantikan kehadiran ahli baru dalam hidup kami...
21 Januari 2013 baby selamat dilahirkan dengan sempurna di Hospital Selayang tepat jam 7:51 pagi.
Syukur Ya Allah. Ibu dan bayi selamat dan sihat...

Welcome new baby...
Ibu dan baba love you muah.. muah...
Hihi..

Saturday, 5 January 2013

Belum sampai rezeki nak sambung master free... :-)

Seminggu lalu, sebelum kemalangan menimpa suami aku, aku ada bermimpi.
Pengetua bagi surat tawaran HLP (Hadiah Latihan Persekutuan). Katanya aku berjaya dapat HLP tu. Tapi tu mimpi jelah...

Bila bangun tido, aku cerita mimpi tu pada habibi..
Katanya, biasanya mimpi terbalik.
Betul cakap habibi..

Tahun lalu aku ada mohon cuti belajar untuk sambung master dengan tawaran biasiswa bergaji penuh.
Selepas beberapa bulan, aku dipanggil temuduga. Namun....

Pagi tadi, aku buat semakan. Lalu....

Trang... Trang... Trang...

Aku tak berjaya!!!

:-)

Thursday, 3 January 2013

Peliknya dunia, bila suami diam tak berkata-kata.

Alhamdulillah...
Sudah empat hari berlalu sejak kemalangan hari tu dan habibi semakin pulih..
Dah boleh tersenyum dan sembang-sembang... :-)

Selepas kemalangan tu, habibi lebih banyak diam je..
Sepuluh soalan aku tanya, satu soalan je habibi jawab. Itu pon, kadang-kadang dia diam je. Tak jawab langsung. Hihi..
Rasa ralat lah juga.
Sekarang, panggilan telefon pon dah dijawab. Kalau tak, aku lah yang kena layan semua panggilan telefon. Sampai tak terlayan aku dibuatnya.. Sekarang, habibi sendiri jawab telefon.

Yela, hidup kami sebelum ini riuh rendah walaupun berdua.
Ada je perkara yang nak disembangkan dari pagi sampai malam. Kadang-kadang, bila balik sekolah aku jadi tak sabar nak jumpa habibi.
Kebiasaan aku, bila jumpa habibi, aku akan lapor peristiwa yang berlaku sepanjang masa di sekolah.
Tiba-tiba, habibi jadi pendiam. Aku jadi kekok.
Perasaan aku?????
Tak bestnya........

Tapi, nak buat macam mana. Habibi mungkin masih trauma lagi...
Walaupun luka dah hampir kering.. Namun, perasaan terkejut tu tak hilang lagi.
Sampai sekarang habibi masih tak ingat, macam mana kemalangan tu boleh berlaku.

Kenangan manis yang aku dapat pula ialah peluang berbakti pada suami ketika suami sakit..
Walaupun penat jadi nurse di rumah dan mengajar di sekolah, aku tetap gembiraaaaa.....
Habibi terlalu baik... Dan dia memang layak dapat layanan kelas A. Hihi...

Habibi, moga habibi terus sembuh..
Jangan mengelat nak makan pati ikan haruan ye..
Hihi...(aku bau ubat tu macam air longkang).

Tuesday, 1 January 2013

Alhamdulillah... Terima kasih Allah.

Bersyukur ke hadrat Ilahi, suami dah discharge pagi semalam.
Doktor dah buat CT scan, scan perut, tulang belakang dan tengkuk.
Alhamdulillah..
Tiada kecederaan dalaman.

Cuma, badan dia lemah dan mudah pening je lagi.
Tindak balas ubat tahan sakit dan antibiotik kot...
Lagipun, habibi banyak kehilangan darah...

Esok aku dah kena pergi sekolah.. :-( :-( :-( :-( :-(
Nasib baik adik perempuan suami datang untuk tolong jaga masa aku kerja. Kebetulan dia masih cuti semester sampai raya cina.

Terima kasih Allah.. Dalam keperitan ujian yang Kau berikan, terselit segala pertolongan dan limpah rahmat yang tidak henti-henti...

Maaf kepada rakan taulan dan saudara mara yang msg dan panggilan telefonnya yang tidak sempat aku balas.
Keadaan kelam kabut dan bermacam perkara yang perlu diuruskan menyebabkan aku tak sempat nak layan semua panggilan.

Kepada keluarga kedua dua belah pihak yang datang dari jauh memberi sokongan, jutaan terima kasih aku ucapkan. Kehadiran kalian, menyebabkan jiwa aku menjadi lebih tenang.

Buat sahabat-sahabat suami beserta keluarganya(abg sahar,abg ali, abg din, abg lan, abg che rohim, abg yunus dan aii) yang banyak membantu dan memberi sokongan, aku doakan semoga Allah membalas segala kebaikan yang diberikan dengan Jannah...

Buat pihak sekolah terutamanya Puan Bahanom, Tuan Pengetua (En Samsuki) dan Kak Lia (kerani)...
Terima kasih banyak-banyak kerana memahami keadaan diri ini...

Terima kasih Allah...
Terima kasih semua... :-)