Ketika aku sedang menulis post ni, aku tengah berhenti rehat sebentar di atas katil di Bilik PAV ni..
Penat wooo.... Nak menukarkan Bilik Pengurusan Diri kepada Bilik PAV. Dengan barang yang penuh satu bilik (barang PAV like mesin jahit & etc dan segala katil, meja solek, almari baju dan segala mak nenek(barang Bilik Pengurusan Diri)..
Rasanya sebelum diorang buat renevotion dulu, aku dah tinggalkan barang-barang tu dalam keadaan tersusun.
Pagi tadi aku tengok, bilik ni jadi macam kapal pecah... :-(
So, pagi tadi aku ke sekolah. Lalu ditanya oleh Encik Pengetua: ' Bila awak nak kemas bilik ni Afizah?'
Seronokkan jadi Pengetua. :-P
Tapi aku tak pernah bercita-cita nak jadi Pengetua pon... Hahaha....
Seingat aku, hari tu Pengetua cakap, bagi tempoh sampai 25 Disember 2012 untuk dia selesaikan urusan renovation. Then baru aku boleh mula set up bilik ni. Hari ni baru 26 Disember 2012 kan... ;-) (tapi aku jawab dalam hati jelaaa....) hehe..
Aku kan guru yang berdedikasi. (uwekss :-))
Memikirkan yang bilik tu tak akan kemas selagi bahagian dindingnya (laluan ke Bilik Masak di sebelah yang telah ditutup) tak dicat.
So, masa aku tengah lunch siang tadi, aku pon tanya suami aku, boleh tak dia tolong aku cat bilik tu. Nak contact anak murid tak sempat dah. Dengan hp aku hilang, fb lama pula tak aktif dah, macam mana nak contact budak-budak tu. Walaupun aku percaya, kalau aku suruh datang sekolah untuk tolong aku, malam-malam pon diorang sanggup.
So, kat sini aku nak ucap terima kasih banyakx100 kali... Kepada suamiku dan adiknya (Din) yang telah banyak menolong aku.. Hanya Allah yang dapat membalas segala perbuatan kalian pada aku...
Terharu bila tengok kesungguhan habibi nak membantu.
Selepas asar suami aku keluar pergi beli cat dalam keadaan dia yang tak berapa sihat pon. Lepas magrib kitaorang dah keluar ke sekolah.
Sekarang masih di sekolah.
Aku kongsikan dulu gambar Bilik PAV in the making.. Kalau ada masa nanti, aku up date pula rupa baru bilik ni ye... :-) (ayat perasan ada orang follow) hahahahaha... Aku rasa, adik aku baca apa yang aku tulis ni! :-) Kan???
Yes. I am :) done read
ReplyDeleteThank you laling...
ReplyDelete