Tuesday, 1 January 2013

Alhamdulillah... Terima kasih Allah.

Bersyukur ke hadrat Ilahi, suami dah discharge pagi semalam.
Doktor dah buat CT scan, scan perut, tulang belakang dan tengkuk.
Alhamdulillah..
Tiada kecederaan dalaman.

Cuma, badan dia lemah dan mudah pening je lagi.
Tindak balas ubat tahan sakit dan antibiotik kot...
Lagipun, habibi banyak kehilangan darah...

Esok aku dah kena pergi sekolah.. :-( :-( :-( :-( :-(
Nasib baik adik perempuan suami datang untuk tolong jaga masa aku kerja. Kebetulan dia masih cuti semester sampai raya cina.

Terima kasih Allah.. Dalam keperitan ujian yang Kau berikan, terselit segala pertolongan dan limpah rahmat yang tidak henti-henti...

Maaf kepada rakan taulan dan saudara mara yang msg dan panggilan telefonnya yang tidak sempat aku balas.
Keadaan kelam kabut dan bermacam perkara yang perlu diuruskan menyebabkan aku tak sempat nak layan semua panggilan.

Kepada keluarga kedua dua belah pihak yang datang dari jauh memberi sokongan, jutaan terima kasih aku ucapkan. Kehadiran kalian, menyebabkan jiwa aku menjadi lebih tenang.

Buat sahabat-sahabat suami beserta keluarganya(abg sahar,abg ali, abg din, abg lan, abg che rohim, abg yunus dan aii) yang banyak membantu dan memberi sokongan, aku doakan semoga Allah membalas segala kebaikan yang diberikan dengan Jannah...

Buat pihak sekolah terutamanya Puan Bahanom, Tuan Pengetua (En Samsuki) dan Kak Lia (kerani)...
Terima kasih banyak-banyak kerana memahami keadaan diri ini...

Terima kasih Allah...
Terima kasih semua... :-)

2 comments:

  1. ya allah afi.knp dgn suami afi ni.accident ke.apapun kak ti harap suami afi cpt sembuh dan afi kna kuatkn semangat.kna sihat utk jaga husband k.take care

    ReplyDelete
  2. Afi dah rasa macam nak demam kakti..

    ReplyDelete