Alhamdulillah....
Tahun ini merupakan tahun keenam saya bergelar seorang isteri.
Tahun 2007, ketika masih mentah (baru berusia 22 tahun) saya mengambil keputusan untuk berkahwin.
:-P
Mungkin terlalu awal bagi sesetengah orang. Mungkin biasa-biasa saja bagi orang lain pula.
Betul tak?
Untuk pengetahuan semua, mak saya melahirkan saya (anak kedua) ketika beliau berusia 21 tahun. Erm... B-)
Mak saya berkahwin ketika berusia 18 tahun.
OMG.. :-)
Kaklong saya dilahirkan ketika mak saya berusia 19 tahun.
Tahun ini mak saya berusia 49 tahun dan mempunyai 3 orang cucu. Seorang cucu lagi in sha allah akan dilahirkan pada bulan ramadhan ini. :-D
Adik bonsu saya berusia 21 tahun. Ini bermaksud, kali terakhir mak saya melahirkan anak ketika mak saya berusia 28 tahun.
Ohhhh... Samalah dengan umur saya sekarang.
Itulah sahaja cerita saya untuk kali ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment